“SELAMAT DATANG BULAN YANG MULIA

BULAN PENUH DENGAN KEMULIAAN! " 

.


.

PUASA ITU UNTUK ALLAH, DIA-LAH YANG AKAN MENENTUKAN KADAR PAHALANYA

.

Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipat gandakan dengan 10 kebaikan hingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman yang tafsirnya: Kecuali amalan puasa . Amalan puasa tersebut adalah untukKu, Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu ketika dia berbuka dan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. {Riwayat Imam Muslim}. 

.

.

.

 PINTU SYURGA DIBUKA, PINTU NERAKA DITUTUP, SYAITAN-SYAITAN DIBELENGGU 

.



.

 RUGINYA KALAU TAK AMBIL PELUANG SEDEKAH PADA BULAN RAMADHAN 

SEDEKAH DAN INFAQ MAMPU 
MENGHAPUSKAN DOSA DAN KAFARAH 
YANG WAJIB DAN TERTUNGGAK







KAFARAH

Kafarah adalah denda yang harus dibayar kerana melanggar larangan Allah atau melanggar janji.
Kafarah dinamakan sedemikian kerana ia menutup dosa dan diberikan keringanan oleh Allah SWT.
Kafarah dari segi istilah syarak adalah menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan
disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak.
Kafarah ditunaikan adalah kerana melakukan sebuah kesalahan agar tidak lagi
mendapat dosa akibat melakukan kesalahan tersebut


SEDEKAH MAMPU MENGUBAH
TAKDIR & MENOLAK BALA




Selain dari pahala besar yang telah Allah janjikan, keutamaan sedekah juga berfungsi untuk menolak bala dan bencana untuk kehidupan manusia. Betapa besarnya ganjaran yang bakal diperoleh kepada mereka yang gemar bersedekah.


Menurut Ibnu Qayim al-Jauziyah:    "ALLAH SWT menolak pelbagai bencana dengan sedekah. Ketentuan ini sememangnya dimaklumi sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Sebab itulah ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya.


"Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk

menolak pelbagai bencana meskipun sedekah

itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir."

(Al-Waabilus Shayyib, hal. 49, Darul Kitab Al-‘Iraqi, Beirut, 1405 H, Syamilah).



Surah Yusuf ayat 88:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

فَلَمَّا دَخَلُواْ عَلَيۡهِ قَالُواْ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهۡلَنَا ٱلضُّرُّ وَجِئۡنَا بِبِضَـٰعَةٍ۬ مُّزۡجَٮٰةٍ۬ فَأَوۡفِ لَنَا ٱلۡكَيۡلَ وَتَصَدَّقۡ عَلَيۡنَآ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَجۡزِى ٱلۡمُتَصَدِّقِينَ

صدق الله العظيم

 

“Maka mereka pun pergilah ke Mesir setelah mereka masuk menemui Nabi Yusuf,

mereka berkata: Wahai Al-Aziz! Kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan

disebabkan kemarau, dan kami datang dengan membawa barang-barang yang tidak

berharga sebagai tukaran untuk mendapatkan bahan makanan.

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bahan makanan untuk kami dan bersedekahlah

kepada kami. Sesungguhnya Allah mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah.”




Betapa hebatnya kuasa sedekah.

Ayuh, kita amalkan sedekah dalam kehidupan kita.

Biar kecil nilai yang diberikan, asalkan ikhlas dan

hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT

semata-mata.

.

AYUH SEMUA KITA SALURKAN PAHALA YANG MENGALIR

KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH

HIDUP ATAU SUDAH MENINGGALKAN KITA DENGAN MENYERTAI

INFAQ KEPADA MAAHAD TAHFIZ LANGGAR



 RAYUAN DANA UNTUK PELAJAR TAHFIZ 







 NOTA PENTING: AKAD SUMBANGAN 

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad seperti di bawah:

"Saya dengan ini membuat sumbangan ikhlas sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Maahad Tahfizul Quran Langgar


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
1 lot infaq (RM100)
Infaq Untuk Ayah (RM100)
Infaq ibu & ayah
Infaq Untuk KeSembuhan Penyakit (RM150)
KASIH SAYANG ANAK TAHFIZ
SUMBANGAN SEIKHLAS HATI
Sumbangan Ikhlas (RM35)
MENJEMPUT REZEKI (INFAQ SEKELUARGA)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN