SEBARKAN KASIH SAYANG PADA RASULULLAH
SALAM MAULIDUR RASUL 2022 / 1444 HIJRAH
BULAN Rabiulawal sekali lagi bertandang dalam teratak kehidupan kita.
Ia datang membawa makna yang besar khususnya dalam kehidupan Muslim yang MENCINTAI
manusia agung yang bernama MUHAMMAD ABDULLAH.
Pada bulan ini lahirnya kekasih ALLAH iaitu Rasulullah SAW yang
membawa rahmat kepada makhluk sekalian alam.
Ini jelas melalui firman ALLAH SWT:
“Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.” (al-Anbiya’, 107).
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad),
jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah),
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali 'Imran, ayat 31)
.
Apabila diizinkan Allah untuk berjumpa dengan baginda Rasulullah mungkin tidak ada perkataan yang akan
terkeluar dari mulut kita kecuali linangan air mata kegembiraan.
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh
dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya
ke dalam kehidupan seharian seorang muslim.
ALANGKAH INDAHNYA BERINFAQ DI BULAN KELAHIRAN RASULULLAH
Allah berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah,ayat 261)
TIDAK BERKURANG MALAH BERTAMBAH
REZEKI ALLAH BERIKAN
INFAQ PEMBELAJARAN ANAK-ANAK TAHFIZ AL-QURAN
