PUASA SUNAH 6 HARI DI BULAN SYAWAL DAN BERSEDEKAH BESAR GANJARANNYA.
Amalan sunah baik dilakukan ketika bulan Syawal hendaknya diketahui kaum Muslimin Sangat penting dikerjakan karana terdapat pahala besar di balik amalan soleh bulan Syawal. Antaranya:

1. PUASA ENAM HARI
مَن صامَ رمَضَانَ ثُمَّ أتبَعَهُ سِتّاً من شوَّالٍ كان كصِيَامِ الدَّهْر"
Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim)
1. MEMPERBANYAKAN BERSEDEKAH
Setelah pada akhir bulan Ramadan menunaikan zakat fitrah, ketika Syawal boleh diteruskan dengan memperbanyak sedekah.
Dikutip dari Almanhaj, adapun keutamaan sedekah dapat meredakan murka Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إِنَّ صَدَقَةَ السِّرِّ تُطْفِيءُ غَضَبَ الرَّبِّ
“Sesungguhnya sedekah yang tersembunyi, (dapat) meredakan murka Allah Ta’ala." (Shahih At-Targhib)
Sedekah juga menghapuskan kesalahan dan memadamkan percikan apinya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ
"Sedekah menghapuskan kesalahan, sebagaimana air memadamkan api." (Shahih At-Targhib karya Asy-Syaikh Al-Albani)
Sedekah menjaga pelakunya terhindari dari api neraka, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ
"Maka peliharalah (diri) kalian dari api neraka, sekalipun dengan sebiji buah kurma (yang disedekahkan)."
Pelaku sedekah berada dalam naungan sedekahnya pada hari kiamat nanti, sebagaimana hadit ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiyallahu ‘anhu menuturkan, "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
كُلُّ امْرِئٍ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ
"Setiap orang berada di bawah naungan amalan sedekahnya, hingga digelar pengadilan di antara manusia."
Yazid berkata:
وَكَانَ أَبُو مَرْثَد لاَ يُخْطِئُهُ يَوْمٌ إِلاَّ تَصَدَّقَ فِيهِ بِشَيْءٍ وَلَوْ كَعْكَةً أَوْ بَصَلَةً أَوْ كَذَا
"Tidaklah satu hari Abu Martsad berbuat suatu kekeliruan, melainkan ia (segera) bersedekah dengan sesuatu apa saja di hari itu (juga). Meskipun hanya dengan sepotong kuih (ka’kah) atau bawang putih atau semacamnya." (Terdapat dalam Ash–Shahihain)
.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah,ayat 261)
Firman-Nya lagi dalam Surah Ali 'Imran, ayat 133-134,
"Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal kebajikan untuk membawa kamu) kepada keampunan dari Tuhan kamu dan ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang-orang yang membelanjakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebajikan."
![]()